Thursday, January 5, 2012

USAHA SELAMATKAN PANTAI



17 NOV, Port Dickson – Demi memastikan sebarang unsur pencemaran pantai dapat dihalang dan dicegah, penuntut Universiti Utara Malaysia Kuala Lumpur (UUMKL) mengambil inisiatif mengadakan program pembersihan pantai.


Tujuan program tersebut diadakan bagi membantu pihak berkuasa mengekalkan pantai di Port Dickson sebagai pusat pelancongan dan rekreasi Negara.
Pengarah program tersebut, Mohd Fuzayme Nordin, menyifatkan perubahan yang besar, bermula dengan langkah yang kecil.


Justeru, mereka sepakat mengambil langkah untuk membantu membersihkan kawasan persisir pantai dengan kerjasama Majlis Perbandaran Port Dickson dan sokongan Pejabat Kementerian Pelancongan Malaysia Negeri Sembilan untuk mengadakan program tersebut dengan mesej ‘Save Our Beach’. 
“Kealpaan masyarakat dalam memberi perhatian terhadap kepentingan memulihara alam sekitar memberi kesedaran buat kami untuk memberi contoh yang baik kepada generasi muda tentang pentingnya memelihara alam sekitar.


“Disamping itu juga ia dapat mewujudkan aktiviti sihat dengan beriadah sambil beramal kepada alam sekitar,” katanya.


Seramai 28 penuntut jurusan Sarjana Muda Komunikasi dan Sarjana Muda Pengurusan Hal Ehwal Antarabangsa serta 22 orang sukarelawan daripada pelbagai peringkat umur menyertai program kemasyarakatan itu yang diadakan bermula jam 9 pagi.


Tuesday, July 19, 2011



PROGRAM KASIH HARMONI


Program ini dijalankan adalah bertujuan untuk melengkapkan keperlukan kursus Kokurikulum Khidmat Masyarakat bagi Semester ke-3 sesi 2010/2011 disamping dapat memupuk semangat kerjasama dan setiakawan dikalangan mahasiswa dan mahasiswi dalam aktiviti program kemasyarakatan sambil beramal, memotivasikan penghuni-penghuni  Rumah Kasih Harmoni dengan cara lawatan sambil belajar serta mengumpul dana bagi menampung kos penyediaan fasiliti dan kos harian.

Seramai 35 orang pelajar dari Universiti Utara Malaysia Kampus Kuala Lumpur yang mengikuti program Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Hal Ehwal Antarabangsa dan Ijazah Sarjana Muda Komunikasi yang terbabit di dalam projek ini. Program ini akan berlangsung pada 24 Julai 2011 bertempat di Petrosains KLCC dan Rumah Kasih Harmoni, Lot 46, Kampung Paya Jaras Dalam, Sungai Buloh, Selangor Darul Ehsan.

Jika hendak diikutkan sejarah penubuhan asrama ini, ianya merupakan hasil usaha pengasasnya Tuan Hj Daud yang berasal dari Kelantan Darul Naim, yang mana beliau telah mengumpulkan dana bersama dengan rakan-rakan serta ahli keluarganya hingga terciptanya bangunan dua blok ini untuk perlindungan anak-anak yatim dan asnaf dari pelbagai lapisan serta tempat tinggal. Tujuan yang maha mulia ini tidak dapat diteruskan oleh beliau kerana beliau telah kembali kerahmatullah lebih awal. Maka para warisnya iaitu anak-anaknya telah mencari seseorang yang boleh menyempurnakan hajat arwah. Maka En Jamaluddin Bin Wahab telah dipih selaku pemegang amanah itu.

Sebenarnya pelbagai cadangan yang ingin dilakukan termasuk membina surau dan juga memiliki sebuah van atau kenderaan sendiri untuk kegunaan penghantaran anak-anak kesekolah. Tetapi hajat itu akan di lunaskan secara beransur-ansur dengan membuat tabung dana Surau dan juga van.

Berikut Tentatif untuk program ini:





Kepada sesiapa yang ingin membantu tidak kira dari segi apajua bentuk termasuk sokongan moral atau datang turut serta dalam program ini bolehlah berbuat demikian dengan menghubungi alamat tertera berikut.

Alamat : Rumah Kasih Harmoni, Lot 46, Kampung Paya Jaras Dalam, Sungai Buloh, Selangor Darul Ehsan.
Nombor Akaun : 2442022001023 (Ambank Berhad Caw. Kota Damansara)
Pengetua Rumah Kasih Harmoni: Encik Jamaluddin Bin Wahab 
No.H/p : 012-3942783 / 03-61563420


Wednesday, June 8, 2011

HOME MADE COOKIES

Tawaran hebat sempena raya 2011, tempahan dibuka sehingga seminggu puasa iaitu 5 Ogos 2011. Harga termasuk harga penghantaran. Pusat pengambilan adalah seperti berikut;

Kuala Lumpur-      Wangsa Maju/ Tesco, Ampang/ Tesco Cheras/ Carefour Bukit Jalil
                                   / Midvalley atau sekitar UM
      Selangor         -     Giant Bandar Kinrara, Puchong Bangi & Shah Alam
     Pulau Pinang    -     Jusco Perda 

       BISKUT ALMOND LONDON (50 BIJI = RM 22)
Note: Almond Sebiji bukan Separuh


   BISKUT MAKMUR (50 BIJI = RM 22)


BISKUT TART NENAS (50 BIJI = RM 20)


BISKUT TART BLUEBERRY (50BIJI = RM 20)


BISKUT GREEN PEAS (50BIJI = RM 14)


 BISKUT MAZOLA (50BIJI = RM 14)


 BISKUT SAMPERIT (50BIJI= RM 14)


Sebarang pertanyaan dan tempahan boleh dikemukan di azriniramlee@gmail.com atau kecemasan999@gmail.com

Sunday, May 8, 2011

MONAVIE



MEMPERKENALKAN JUS BERKHASIAT DARI BUAH-BUAHAN SEMULAJADI, DI RUMUS SECARA SAINTIFIK YANG BERFUNGSI SEBAGAI MINUMAN KESIHATAN YANG LAZAT DAN HEBAT UNTUK ANDA

Jus MonaVie
Gabungan 19 buah-buahan yang berkhasiat dan terbaik didunia untuk kesihatan. Ia disatukan dalam satu campuran tulen sebagai makanan tambahan untuk memberikan kualiti kesihatan dan kehidupan anda yang terbaik.

Apakah itu MonaVie?
 MonaVie merupakan suatu jus gabungan 19 jenis buah-buahan yang paling berkhasiat didunia yang membekalkan daya tenaga paling optimum untuk badan kita.

Jus tersebut mendapat sambutan yang hangat di seluruh dunia. Ia telah membuktikan bahawa gabungan jus tersebut memang boleh membekalkan khasiat yang optimum untuk keperluan badan kita.

Ramuan MonaVie
# Vitamin                                             # Complex carbohidrat
#Phytonutrients                                 # Amino acid / protein (menyerupai profil telur)
# Dietary fiber                                    # Omega 3, 6, 9 (menyerupai minyak buah kurma)
# Trace mineral


      1.       ACAI
# Membantu dan meransang sistem imun & Metabolisma
# Membantu menghalang pembekuan darah
# Menjaga kolestrol yang baik dan mencegah penyakit jantung
# Membantu mengurangkan berat badan / melawan obesity
# Membaiki sistem penghadaman
# Mengurangkan rasa sakit dan ketidakselesaan
# Memperbaiki penglihatan
# Menggalakkan tidur yang lena dan sihat
# Meningkatkan tenaga dan stamina
# Membina otot
# Mencegah dan merawat Alzheimer
# Mengandungi anti-allergi
# Menurunkan tekanan darah
# Menggalakkan kitaran yang lebih baik
# Anti penuaan dan radang
# Membaiki fungsi seks
# Membaiki penumpuan minda
# Amino acis/protein & menyerupai profil telur
# Anti oksidan yang tinggi dan berkesan
# Membantu melawan Redical Bebas
# Kaya dengan Vitamin, mineral, fitonutrien dan lain-lain

  
     2.       BUAH ANGGUR PUTIH
Buah anggur yang beraneka jenis warna member spectrum perlindungan Anti-Pengoksidaan.
Komponen jus buah anggur dilaporkan boleh mengurangkan risiko terhadap kanser, strok, sakit jantung dan kehilangan daya ingatan.


       3.       BUAH ANGGUR UNGU

Buah anggur ungu mengandungi Resveratrol, sejenis agen Anti-Pengoksidaan yang menentang kanser dengan berkesan. Jus buah anggur memberikan kebaikan seperti berikut:

# Anti-Penuaan
# Anti-inflamasi
# Kelanturan arteri
# Kesihatan sistem jantung
# Pencegahan kanser prostat
# Anti-bakteria / virus
# Anti-Pengoksidaan
# Kesihatan otak, kulit, mata
# Kesihatan gastric

        4.       BUAH PRUN
Buah Prun merupakan buah plum yang dikeringkan. Ia kaya dengan minerals dan polyphenol, mempunyai nilai ORAC yang amat tinggi. Proses pengeringan sebenarnya meningkatkan daya Anti-Pengoksidaan lebih daripada 6 kali ganda. Buah Prun mempunyai daya pemulihan seperti:

# Menentang jangkitan
# Penyakit sistem jantung
# Pengurangan Kolestrol
# Kencing Manis
# Pencegahan kehilangan daya ingatan dan penyakit Alzheimer
# Penyakit Diverticular
# Pengurangan risiko tanggungan estrogen kanser
# Merangsangkan kepadatan tulang
# Kesihatan hati
# Pembersihan usus perut


 5.       CAMU CAMU BERRY
Buah Camu Camu Berry merupakan sumber Vitamin C semulajadi yang paling kaya di dunia ini. Kandungannya dinilai sebanyak 30-60 kali lebih tinggi untuk memperkuatkan sistem daya tahanan dan memperbaiki tisu penghubung. Ia didokumenkan mempunyai daya keupayaan sebagai Astringent, Anti-Pengoksidaan dan Emollient terhadap:

# Jangkitan Virus
# Selsema
# Kemunduran Macular
# Masalah Gusi

       6.       BUAH KIWI
Buah Kiwi kaya dengan phytonutrients serta pelbagai vitamin dan mineral. Ia terkenal sebagai altenatif kepada aspirin untuk mencairkan darah demi perlindungan kesihatan sistem jantung. Kanak-kanak yang mengambii buah Kiwi didapati kurang dipengaruhi oleh masalah kesihatan berkaitan dengan sistem pernafasan termasuk berdehit, pernafasan pendek dan batuk malam. Buah Kiwi biasanya digunakan untuk:



# Melindungi DNA daripada radikal bebas
# Pengawalan tahap gula dalam darah
# Mengurangkan triclycerides dalam darah
# Pencegah kanser kolon / kanser kulit / prostat
# Pengawalan kolestrol
# Menyingkirkan toksin kolon

        7.       BUAH GOJIBERRY / WOLFBERRY
Selama beribu-ribu tahun di negeri China, ia dikenali “Herba Panjang Umur”. Ia membekalkan Anti-Pengoksidaan dan polysaccharides, serta menunjukkan peningkatan aktivit sistem daya tahan. Sejarah sains telah membuktikan Gojiberry / Wolfberry boleh mencegah:

# Keletihan Kronik
# Penyakit kulit
# Sakit kepala
# sakit sendi-sendi / sengal-sengal tulang
# Kencing manis
# Kerosakan DNA
# Kanser
# Masalah Fungsi Seksual
# Masalah Pengaliran saluran darah
# Insomnia (sukar untuk tidur)

        8.       BUAH BLUEBERRY
Buah Blueberry merupakan penjana Anti Pengoksidaan yang berkesan, perubatan tradisional memberitahu kita bahawan Blueberry mempunyai sejarah yang lama dalam penggunaan untuk:

# Anti penuaan
# Kencing manis
#Keletihan mata
# Menentang kanser serviks / payudara
# Perlindungan sistem jantung
# Peningkatan selera makan
# peningkatan daya ingatan
# Menyokong saluran darah
# Jangkitan saluran air kencing
# Pengurangan kolestrol

        9.       BUAH DELIMA
Jus buah Delima mengandungi Anti-Pengoksidaan yang lebih daripada teh hijau, jus blueberry, jus cranberry atau jus oren. Ia amat berkesan untuk membersihkan plak dari dinding dalaman arteri. Ia digunakan dalam bidang perubatan selama beribu-ribu tahun untuk:





# Strok
# Kencing manis
# Menentang bacteria & jangkitan kulat
# Gangguan tekanan darah
# Pelbagai jenis masalah usus
# Pencegahan pembekuan darah
# Pencegahan serangan sakit jantung


 10.       BUAH BILBERRY
Buah Bilberry mempunyai hubungan rapat dengan blueberry dan ia terkenal dengan daya memperkuatkan kapilari-kapilari mata. Buah Bilberry melambatkan proses kemunduran macular berkaitan dengan usia, rabun malam dan gangguan mata yang berkaitan dengan diabetis. Buah Bilberry mempunyai daya penyembuhan dan kesan pemulihan untuk:

# Batu pundi
# menentang inflamasi
# Glaukoma (penyakit mata yang beransur-ansur buta)
# Memperkuatkan Kapilari
# Tekanan darah tinggi
# Pembentukan kolegen
# Sendi menjadi bengkak
# Ketiadaan haid secara abnormal
# Pencegahan / rawatan artristis reumatik


       11.       BUAH LAICI
Buah Laici berasal dari hutan cuaca panas di China Selatan dan juga di Vietnam. Ia telah di pelihara di negeri China lebih daripada seribu tahun. Ia merupakan buah hutan yang digemari oleh orang ramai di negara-negara asia. Dengan setiap 100 gram isinya, terdapat 72mg Vitamin C. Oleh itu ia merupakan sumber Vitamin C utama, termasuklah potassium dan pelbagai nutrien lain. Mengambil laici setiap hari kemungkinan dapat membantu mengurangkan risiko kanser dan pelbagai penyakit lain.





        12.       BUAH PEAR

Pada zaman silam, Buah Pear Nashi hanya disajikan kepada golongan kaya dan bangsawan cina. Buah Pear Nashi ditanam dan dimakan dari abad ke abad. Asal usulnya tidak dapat dikaji lagi. Ia dianggarkan telah muncul sekurang-kurangnya 3,000 tahun lalu di negri China. Buah Pear Nashi merupakan sumber diet fiber yang utama, ia juga mempunyai kandungan potassium dan pelbagai mineral utama. Ia mengandungi kira-kira 10% USRDA untuk Vitamin C dan dari folate yang menjadikan kumpulan Vitamin B kompleks, Vitamin-vitamin tersebut adalah penting untuk aktiviti metabolism dan penghasilan sel-sel darah merah.


       13.       BUAH CRANBERRY
Buah Cranberry kaya dengan phytonutrients & pranthocyanidins (PAC’s). Berdasarkan sejarah, Cranberry telah digunakan untuk:

# Menyokong kesihatan gusi
# Gangguan pundi hempedu & hati
# Prostatitis (radang pada prostate)
# Antibiotik (wanita mudah hilang nafsu makan kerana takut gemuk)
# Kesihatan saluran air kencing
# masalah penghadaman makanan
# masalah penyakit darah
# Pencegahan kanser prostate


 14.       BUAH ACEROLA CHERRY
Buah Acelora Cherry tumbuh dengan suburnya pada tanah berpasir di kawasan tropika. Ia merupakan Anti-Pengoksidaan kuat, kaya dengan vitamin & mineral. Terdapat lebih daripada 150 unsur-unsur nutrient telah dikenal pasti dalam buah Acerola Cherry. Ia dilaporkan mempunyai daya anti-fungus yang kuat dan keupayaan untuk merendahkan tahap kolestrol. Ia telah dibuktikan boleh menentang proses penuaan sel-sel, membantu menghidratkan kulit & mempergiatkan fungsi kapilari. Penduduk asli telah lama menggunakan Acerola untuk:

# Merawat demam
# Astringent
# Tuberculosis
# Hati, perangsang sistem buah pinggang
# Kencing manis
# Memulihkan luka
# Radang (Inflammation)
# Fungsi jantung yang sihat
# Penyakit Reumatik (Rheumatism)
# Bantuan berkhasiat untuk anemia

        15.       BUAH PEAR
Penanaman buar pear boleh dikesan sejak 3,000 tahun di Asia Barat. Ia merupakan pemakanan luar biasa di istana Perancis, Louis XIV dan pernah dikenali sebagai “Hadiah dari Alam” oleh Homer di epic beliau, Odyssey. Buah Pear kaya dengan perisa, fiber potassium, polyhenols, Vitamin C & copper. Levulose yang merupakan gula semula jadi paling manis terdpaat di buat pear jika dibandingkan dengan buah-buahan lain. Buah Pear dikaitkan dengan:


# Anti-infeksi / jangkitan
# Pembersihan kolon
# Mengawal tahap gula dalam darah
# Anti-inflamation (Radang)
# Membantu metabolism
# Memperbaiki tisu-tisu badan
# Merendahkan tahap kolestrol
# Mengekalkan kesihatan jantung

        16.       BUAH ARONIA
Jua Aronia mengandungi tahap anthocyanins & flavonoids yang tinggi, lima hingga sepuluh kali ganda daripada jus Cranberry, Nutrien yang memanfaatkan ialah Anti-Pengoksidaan, Polyphenols, mineral dan pelbagai vitamin yang dipercayai boleh mengelakkan kanser dan penyakit kardium. Buah Aronia mengandungi mineral trace yang penting, ia telah digunakan sebagai pemakanan anti-biotik. Ia juga dilaporkan berguna untuk menentang inflamasi / radang, diabetis dan masalah pengaliran darah. Ia juga mempunyai sepuluh kali ganda kandungan asid quinic buah Cranberry, yang menjadikannya buah yang 
sesuai untuk menentangi infeksi / jangkutan saluran air kencing.


        17.       BUAH PASSION
Buah Passion kaya denga pelbagai vitamin, mineral dan fiber, termasuk kalsium, magnesium, fosforus, kalium, sodium dan sulfur dan juga vitamin B. Lagenda Buah Passion bermula semenjak 2,000 tahun yang lepas. Pada masa kini, kajian perubatan moden telah menggunanya untuk menggalakkan tidur, menyenangkan kegelisahan dan berkesan terhadap budak yang keterlaluan aktif. Kesan kebaikan sampingan termasuk:




#Asma
# Diuretik ringan
# Infeksi saluran air kencing
# Mempergiatkan kesihatan jantung

        18.       PISANG
Pisang merupakan hanya satu-satu buah yang ukan dari jenis pokok atau belukar tetapi dari jenis tanaman besar yang mempunyai jenis herba besar dan berkaitan dengan jenis tumbuhan lili dan keluarga orkid. Pisang kaya dengan fiber, magnesium, Vitamin-B6, juga terkenal dengan kandungan potassium dam essential electrolyte ya g membantu mengawal kimia darah, khasnya keseimbangan pH. Ia telah terbukti bahawa serotonin dan norepinephrine dalam pisang membantu mereka yang menhidapi penyakit tekanan psikologi. Buah Pisang telah dikaitkan dengan:



# Tidur tidak lena
# Penghasilan Kolegen
# Mengelakkan penyakit jantung dan kanser
# Mengawal tekanan darah
# Mempertingkatkan tenaga
# Melegakan cirt-birit dan sembelit

        19.       BUAH APPRICOT
Buah Appricot kaya denga pelbagai agen-agen Anti-Pengoksidaan, fiber boleh larut, beta-carotene, magnesium, zat besi, fosforus, kalium dan vitamin C. Ia termasuk salicylate semulajadi, ramuan utama dalam aspirin. Nutrien yang terkandung dalam buah Appricot adalah terkenal untuk mengelakkan:



# Strok
# Kanser
# Ketidakseimbang tekanan darah
# Kemunduran Macular
# Katarak
# Penyakit prosate
# Penyakit jantung


PURPLE  1 BOTOL = RM135
                                           
RED 1 BOTOL = RM145



Hubungi saya untuk tempahan 
kecemasan999@gmail.com










Monday, March 21, 2011

ASSALAMUALAIKUM....
 
PENYERTAAN JPAM DALAM ICDO.....

Menyingkap sejarah penubuhan International Civil Defence Organisation (ICDO), pada asasnya pertubuhan ini diwujudkan pada tahun 1931 di Paris dengan nama 'Lieux de Geneve Association' atau 'Geneva Zones' bagi tujuan mewujudkan kawasan nuetral bagi penduduk awam mendapatkan perlindungan dalam masa peperangan.
Berikutan itu, pada tahun 1954, persidangan antarabangsa pertama 'First World Civil Defence Conference' diadakan di Berlin, Jerman dan persidangan kedua pada tahun 1957 di Florence, Itali bagi mengusulkan peranan pertahanan awam secara menyeluruh di peringkat antarabangsa. Pada Januari 1958 pula, International Association of Geneva Zones ditukar nama kepada International Civil Defence Organisation dengan status baru yang membuka keahlian kepada negara, badan kerajaan atau organisasi luar menyertai pertubuhan ini.


Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) yang telah ditubuhkan pada 24 Mac 1952 melalui Akta Pertahanan Awam 1951 (Akta 221) telah menyertai pertubuhan ini melalui dokumen Keahlian Tetap yang telah ditandatangani oleh YB. Dato Seri Hishammuddin Bin Tun Hussein Onn, Menteri Dalam Negeri di Geneva pada 7 Mei 2010 untuk memantapkan kredibiliti JPAM sebagai sebuah institusi menyelamat yang terunggul di Malaysia. Justeru itu, JPAM dengan rasminya menjadi ahli tetap pertubuhan ini pada 6 Jun 2010, satu pencapaian dan garapan yang cukup baik dalam meneruskan tradisi Jabatan ini dalam merialisasikan misi dan visi JPAM untuk terus gah dan mara dalam memberikan khidmat yang terbaik kepada rakyat. JPAM bukan lagi sebuah Jabatan yang boleh diperlekehkan kerana dalam tempoh usia yang menjangkau 59 tahun, tahun ini merupakan tahun keramat kerana nama Jabatan Pertahanan Awam Malaysia tercatat di dalam lembaran keahlian ICDO.



Melalui penyertaan di dalam pertubuhan ini pelbagai faedah yang diperolehi yang mana antaranya adalah hak untuk mengundi dan memegang jawatan dalam Majlis Eksekutif dalam Persidangan Tahunan ICDO, hak untuk menerima pakai resolusi atau deklarasi yang digubal oleh ICDO mahupun Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengenai Pertahanan Awam. Selain itu. JPAM juga akan mendapat keistimewaan untuk menerima latihan, kursus dan kemahiran yang ditawarkan oleh mana-mana institusi pertahana awam negara anggota seluruh dunia serta menyertai aktiviti operasi bantuan bencana dan aktiviti program pertahanan awam yang dianjurkan oleh ICDO atau negara anggota yang menghadapi situasi bencana.



Seterusnya melalui pertubuhan ini juga JPAM akan mendapat khidmat kepakaran teknikal atau spesifikasi teknikal khususnya mengenai sistem perlindungan awam (public shelter), sistem amaran awam (public warning system) dan lain-lain pembangunan strategik Pertahanan Awam. Keanggotaan dalam ICDO ini juga dapat membuka dan menerokai jalinan kerjasama (networking) antara JPAM dengan negara anggota dan pertubuhan profesional yang bernaung di dalam ICDO di samping dapat mengangkat imej dan membina kekuatan JPAM untuk melaksanakan fungsi bertaraf universal Pertahanan awam di Malaysia. JPAM akan diberi perlindungan berdasarkan International Humanitarian Law di bawah Artikel 51 dan Artikel 52 Protokol 1 Konvensyen Geneva 1949 daripada ditangkap, diserang atau dicederakan semasa menjalankan tugas pertahanan awam dalam masa peperangan ataupun aman.



Keahlian JPAM dalam ICDO ini secara langsung memulakan langkah mengantarabangsakan JPAM selaras dengan piawaian organisasi yang sama di seluruh dunia. Ini selanjutnya akan membolehkan JPAM melaksanakan semua 15 teras dan peranan pertahanan awam berdasarkan statut Konvensyen Geneva yang memberi tanggungjawab kepada organisasi Pertahanan awam untuk melaksanakan tugas seperti berikut:-


a. Memberi amaran awal;
b. Melaksanakan evakuasi atau pengungsian;
c. Mengurus pusat perlindungan (shelters);
d. Mengurus langkah-langkah dalam terputus bekalan dan tenaga;
e. Melaksanakan kerja-kerja menyelamat;
f. Mengadakan perkhidmatan perubatan termasuk pertolongan cemas dan bantuan keagamaan;
g. Melakukan tugas melawan kebakaran;
h. Mengadakan pengesanan dan penandaan tempat merbahaya;
i. Mengambil langkah perlindungan dan pembersihan;
j. Mengurus penyediaan kemudahan dan bekalan kecemasan;
k. Mengadakan bantuan pengekalan keselamatan dan keamanan di tempat musibah;
l. Mengadakan pembaikan kecemasan kemudahan awam;
m. Mengurus pengebumian orang mati;
n. Memberi bantuan memelihara bahan harta untuk ikhtiar hidup; dan
o. Lain-lain aktiviti perancangan dan pengurusan pertahanan awam.


SEDIA, PANTAS BERINTERGRITI